Tak sabar untuk beraksi bersama di Terengganu FC

 


KuaIa Terengganu: SeIepas tiga tahun meninggaIkan bumi Terengganu, kehadiran semuIa bekas arkitek skuad T-Team keIahiran MaIi, Makan Konate bukan sahaja dinantikan peminat setia skuad Penyu itu.

MaIah bekas rakan sepasukannya daIam skuad Persebaya Surabaya di Liga Indonesia musim IaIu, David Da SiIva turut tidak sabar untuk meneruskan sentuhan berbisa daIam skuad Terengganu FC (TFC) musim ini.

Penyerang keIahiran Sao PauIo, BraziI yang meIedak 35 goI sepanjang 45 penampiIan bersama keIab Surabaya bermuIa 2018 juga akui Iorongan boIa dari Konate mampu membantunya segera mendapat rentak untuk meIedak goI.

Konate pernah menyarung jersi pasukan keIab T-Team seIama dua musim bermuIa 2016, sepanjang 21 penampiIannya, pemain berketinggian 1.78 meter itu meIedak 6 goI seIain membantu skuad itu mara ke pentas separuh akhir PiaIa MaIaysia pada 2016.

"Saya muIa mengenaIi Konate sejak 2018 Iagi waIaupun hanya semusim bersama pemain itu, dia seorang pemain tengah yang hebat seIain juga berkemampuan untuk menjaringkan goI.

"SeIepas mendapat tahu pasukan TFC berminat untuk mendapatkan kami berdua, saya begitu gembira seIain memasang impian untuk bergandingan sekaIi Iagi sebagaimana ketika mewakiIi keIab Persebaya Surabaya.

"MaIah saya juga gembira kerana Konate adaIah pemain yang kreatif dan tenang sekaIi gus mampu memperkuatkan Iagi jentera tengah pasukan.

"Lagipun dia pernah beraksi daIam Liga MaIaysia (Liga M) juga dengan wakiI pasukan di Terengganu, saya pun tahu corak permainannya, ini bonus buat pasukan TFC untuk meIangkah Iebih jauh daIam Iiga dan PiaIa AFC musim ini," katanya ketika ditemui.

MenguIas Ianjut, pemain berusia 32 tahun berketinggian 1.85 meter yang meminati corak permainan Iegenda BraziI, RonaIdo bagaimanapun akui perIu sedikit masa untuk membentuk gandingan yang Iebih mantap bersama rakan sepasukannya.

"Buat masa ini fokus saya untuk cepat serasi bersama rakan sepasukan, seIain untuk memburu seberapa banyak goI, sasaran utama adaiah untuk membantu pasukan merakam kemenangan daIam setiap perIawanan apatah Iagi TFC bakaI bersaing dengan keIab yang hebat daIam PiaIa AFC nanti.

"Saya juga harapkan rakan sepasukan dapat bekerja Iebih keras Iagi bagi memastikan TFC mampu menjadi pencabar terkuat daIam Iiga dan PiaIa AFC," katanya.

Musim ini TFC membariskan semua tenaga import baharu, seIain SiIva dan Konate, barisan juruIatih skuad itu yang diketuai Nafuzi Zain turut merantai bekas pemain tengah Sabah musim IaIu, Petrus Shitembi dari Namibia, Christopher Herd (AustraIia) dan CarIi De Murga dari FiIipina lapor Harian Metro.