MB Ahmad Razif Arah MSNT Siasat Dakwaan Azizulhasni


Menteri Besar Ahmad Razif mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat dakwaan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang yang menuduh kerajaan negeri tidak membantu dan tidak menghargai sumbangan beliau kepada negara.

Tambahnya, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan yang timbulkan sejurus kejayaan The Rocket Pocket Man meraih pingat gangsa acara keirin dalam Sukan Olimpik di Rio De Janeiro pagi tadi.

Tegas Ahmad Razif, kerajaan negeri Terengganu merupakan antara kerajaan negeri yang mengambil berat dan cakna dalam sektor sukan dengan menyediakan peruntukan besar setiap tahun termasuk menubuhkan Tabung Pembangunan Sukan yang berperanan membantu kebajikan 4 sukan utama iaitu bola sepak, basikal, kuda lasak dan hoki.

Kerajaan negeri turut memberi penghargaan kepada mana-mana anak Terengganu yang mendapat kejayaan membanggakan Negara sebagai contoh memberi insentif kepada pelumba basikal TSG Adiq Husaini yang Berjaya mendapat jersi putih selaku Juara Asia pada kejohanan Le Tour De Langkawi tahun ini.

Beliau menambah perkara ini berlaku mungkin kerana terlepas pandang dan tidak mendapat maklumat lengkap isu berkenaan.

Beliau meminta MSNT mendapatkan pengesahan daripada Azizulhasni untuk tindakan susulan supaya ia dapat diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah pihak.

‘Saya dalam pengetahuan saya dan sama ada (mungkin) terlepas pandang wallahualam’.

‘Saya tidak kenal managar Azizul dan saya akan dapat pengesahan dulu ‘.

‘Dan jika ia benar ia berlaku ianya saya amat terkilan’.

‘Kerajaan negeri amat serius dan ambil berat dalam sukan lebih-lebih lagi peruntukkan besar dalam sukan dan tiga sukan utama menjadi focus yang berpotensi iaitu bola sepak, basikal, kuda lasak dan hoki’.

Beliau berkata demikian selepas program meraikan 172 orang bakal haji Parlimen Kuala Nerus di Pejabat Penyelaras Seberang Takir petang ini.

Hari ini viral di laman sosial Facebook milik atlet kelahiran Dungun itu yang menyalahkan Ahmad Razif dan kerajaan negeri selepas permintaan beliau dan Fatehah Mustapa untuk memiliki basikal ‘Roadbike’ tidak dilayan oleh Menteri Besar.

Mengikut rekod, pelbagai bantuan kewangan telah disalurkan kepada Azizulhasni antaranya bantuan ke olimpik rio RM5,000, London RM10,000, sambutan wira negara 2009 RM20,000, membiayai ayahnya dan keluarga meyaksikan Sukan Olimpik London 2012, dan lain-lain bantuan kerana mewakili negara serta mendapat tanah di Dungun kerana anak Terengganu pertama mewakili Olimpik Beijing 2008.

Jika teliti, bajet persediaan ke Olimpik adalah di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Jika pelumba tidak dapat basikal itu adalah tanggungjawab persatuan dan KBS. Tidak adil salahkan Menteri Besar. Banyak hal lain perlu diuruskan oleh MB di peringkat negeri.

Sementara itu kerajaan negeri akan membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Azizulhasni Awang ke tanah air dan turut menyediakan insentif kepada beliau di atas kejayaan yang bersejarah dilakar hari ini. Selain itu nama Azizul akan dicatat di Muzium Negeri sebagai atlet terbaik di Terengganu yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. – TT