Senarai Pemain Malaysia U22 Hadapi Bahrain U22


Ketua jurulatih skuad Bawah 19 (B-19) negara, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia pada Kejuaraan AFF B-19 2016 yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 11 hingga 24 September ini.

Klik dibawah untuk PLAY

Pengendali dari Jerman itu mengekalkan kesemua 23 pemain yang telah dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat dari 1 hingga 4 Ogos lepas. Skuad 23 pemain ini diminta melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 6 September sebelum berlepas ke Hanoi pada 9 September ini.


BIL
NAMA
UMUR
PASUKAN/KELAB
1.
DINESH A/L RAJASINGAM
18
PAHANG
2.
KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ
18
PAHANG
3.
MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM
18
PAHANG
4.
MUHAMMAD SHAH AMIRUL MOHD ZAMRI
18
PAHANG
5.
NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM
19
PAHANG
6.
MUHAMMAD SYAHMI SAFARI
18
SELANGOR
7.
MUHAMAD RIZALUL AZUWAN SUPANDRI
19
SELANGOR
8.
DAMIEN LIM CHIEN KHAI
19
SELANGOR
9.
DOMINIC TAN JUN JIN
19
JDT
10.
MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL
18
JDT II
11.
MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN
19
JDT II
12.
MUHAMMAD HAZRUL HAFIZ ZULKIFLY
19
PULAU PINANG
13.
MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA
19
PULAU PINANG
14.
MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW
19
PULAU PINANG
15.
MUHAMMAD SAFAWI RASID
19
T-TEAM
16.
MOHD ZARULIZWAN MAZLAN
19
T-TEAM
17.
SUWARNARAJ A/L CHINNIAH
18
PERAK
   18.
MUHAMMAD AMIR SAFUAN MOHAMAD ZUBIR
19
PERAK
19.
MOHAMAD RAMADHAN JALIL
18
KUALA LUMPUR
20.
MUHAMMAD HAZIQ NADZLI
18
PDRM
21.
MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH
19
KELANTAN
22.
MUHAMMAD AL MUSTAQIM MOHD RIZUAN
19
MELAKA
23.
MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM
19
NEGERI SEMBILAN


Sementara itu, sembilan pemain – Tan Yung Hong (Kuala Lumpur), S Thipanraj (Kuala Lumpur), Badrul Amin Rusalan (Selangor), Mohammad Fitri Amani Ismail (Terengganu), Nik Mohd Amin Ahmad (T-Team), Mohd Aiman Shakir Mohd Hashim (Kelantan), Muhammad Izzat Mohd Ramlee (Perak), Muhamad Shyamierul Razmee Jasmi (Melaka) dan Al Barilan Shahul Hameed (MISC-MIFA) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 23 pemain di atas mengalami kecederaan.

Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara Kejuaraan AFF B-19 2015, Vietnam, Timor-Leste, Singapura serta Filipina dan bakal memulakan kempen berdepan Filipina (13 September) diikuti aksi bertemu Singapura (15 September), Timor-Leste (17 September) dan Vietnam (19 September).

Pada edisi Kejuaraan AFF B-19 yang berlangsung di Laos tahun lepas, skuad kebangsaan kendalian Hassan Sazali meraih tempat keempat setelah tewas penentuan penalti 2-3 kepada pasukan tuan rumah selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-19, FRANK BERNHARDT

“Daripada senarai 23 pemain ini, 7 atau 8 pemain juga merupakan pemain-pemain skuad Bawah 22 tahun (B-22) yang akan memainkan peranan penting pada kejuaraan kali ini.

“Jadi, bagi saya walaupun kem latihan pusat hanya selama 3 hari, ia tidak menjadi masalah kerana pasukan turut akan mempunyai masa untuk membuat persiapan di Hanoi memandangkan perlawanan sulung hanya akan berlangsung pada 13 September ini.

“Setelah meneliti pasukan-pasukan yang bakal bertanding, kami meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan separuh akhir.” - FAM