Selepas Kuala Nerus, Terkini ATM Di Dungun Diletupkan!



Dungun: Selepas semalam mesin ATM di Sabasun Gong Badak diletupkan, hari ini mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kuala Dungun pula jadi sasaran perompak.

Menurut saksi, kejadian jam 5:30 itu berlaku di RHB Bank Kuala Dungun bersebelahan kedai Dona Trading.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan pintu bilik mesin ATM pecah dan kelihatan kaca bertaburan di luar premis bank.

Pihak berkuasa masih menyiasat jumlah kerugian yang dtanggung.

Kejadian itu berlaku kurang daripada 24 jam selepas rompakan dan samun di dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi Pasaraya Sabasun di Gong Badak yang mengakibatkan kerugian RM1.14 juta yang dilarikan suspek warga asing yang bersenjatakan pistol dan parang jam 6:30 pagi. Berita penuh menyusul. – TT