Irfan Bakti Dalam Radar Pasukan Terengganu


Kuala Terengganu: Bekas pengendali FELDA United Irfan Bakti Abu Salim berada dalam radar Terengganu untuk membimbing skuad itu musim depan dan kini hanya menunggu pengumuman secara rasmi daripada Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Menurut sumber, mesyuarat tertinggi PBSNT yang bakal diadakan 13 Oktober ini akan menentukan sama ada jurulatih yang turut perna membimbing Perlis, Negeri Sembilan, Selangor dan Telekom Melaa berusia 65 tahun itu akan mencurah bakti bersama Terengganu musim depan ataupun sebaliknya.

"Kita nantikan keputusan mesyuarat itu yang bakal memutuska sama ada Irfan Bakti akan mejadi ketua jurulatih Terengganu ataupun jurulatih lain yang akan mengisi jawatan itu." katanya.

Selain irfan yang dilaporkan berminat untuk melatih skuad Peteh Terengganu Peteh, beberapa nama besar lain turut dikatakan berminat untuk membimbing skuad itu musim depan.

Bagaimanapun, Irfan yang pernah membimbing Terengganu pada 2010 hingga 2011 termasuk muncul juara Piala FA dikatakan calon terbaik dan menjadi pilihan PBSNT untuk megambil alih jawatan yang kini disandang pemangku jurulatih Mustaffa Kamal Abd Wahab dan Che Ku Marzuki Ce Ku Mohd Nor.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, beberapa rundingan sudah dilakukan antara kedua belah pihak dan pada dasarnya hasil perbincangan itu melahirkan impak yang positif.

"Sebelum ini, kita sudah bincang dengan bekas pengendali FELDA United itu dan hasilnya positif, kini hanya menunggu lampu hijau serta pengumuman secara rasmi Menteri Besar Terengganu Ahmad Razid abd Rahman yang juga pemangku Presiden PBSNT.

"Saya yakin Irfan bakal menjadi jurulatih Terenggaun musim depan lebih-lebih lagi beliau tidak meletak sebarang syarat ketat keada PBSNT selain beliau juga berminat untuk melatih skuad Terengganu," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Razif mengumumkan penstrukturan semula secara besar-besaran skuad Penyu musin depan yang bukan hanya membabitkan pemain malah juga pihak pengurusan PBSNT bagi membentuk pasukan lebih mantap dan digeruni selan mendapat kembali kepercayaan peminat bagi menghadapi saingan 2017,

Pada 24 September lalu, pegendali yang pernah berkelana bersama kelab Persipura Jayapura dalam Liga Super Indonesia itu mengejutkan kem FELDA United dengan mengumumka peletakan jawatan daripada mengendali skuad naib juara Liga Super itu musim depan atas alasan gagal mencapai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) iaitu sekurang-kurangnya menjulang satu trofi musim ini.

Selain skuad Penyu yang berminat untk mendapatkan Irfan, terdapat dua lagi pasukan yang difahamkan cuba memikat jurulatih itu termasuk Selangor. - HM