TMJ ucap syabas kepada Terengganu


TEMUBUAL DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BERSAMA UTUSAN

SOALAN: Apakah standard Liga M sudah mencapai tahap profesio­nal daripada segi pengurusan dan permainan? Berapa jauh kita ketinggalan dibandingkan liga negara jiran seperti Thailand?

JAWAPAN: Belum. Saya mengucapkan syabas kepada Terengganu kerana membuat kerja dengan betul mengikut kemampuan selepas belajar daripada kami sewaktu bertemu saya. Mereka tidak keluarkan banyak kenyataan (statement), sebaliknya lebih banyak be­kerja. Begitu juga JDT. Mustahak untuk kita sedar kedudukan kita dan tahu inisiatif yang perlu diambil. Kalau tak boleh membina sesuatu bertaraf lima bintang, buatlah sekurang-kurangnya yang bertaraf tiga bintang. Syabas sekali lagi kepada Terengganu kerana membuat pelaburan paling penting dalam bola sepak iaitu padang. Buat masa ini hanya kami (JDT dan Terengganu) memiliki padang paling lengkap. Dibandingkan liga kita dengan Thailand, ia sa­ngat jauh ketinggalan kerana ada yang masih bergantung kepada dana kerajaan. Walaupun beberapa pasukan menggelar diri sendiri sebagai kelab tetapi 90 peratus masih menggunakan dana kerajaan. Bagi saya kita kena jadi betul-betul kelab, bukan berpura-pura jadi kelab dan bergantung kepada kerajaan. Jika kita tak dapat buat RM20 juta dan hanya RM8 juta menerusi penajaan, kita kena pandai rancang bagaimana nak bersaing dengan jumlah itu. Contohnya, Chonburi masih mampu menyaingi pasukan besar se­perti Buriram, Bangkok Glass, Bangkok United dan Muangthong secara kompetitif dengan wang yang ada.

Sumber: https://www.utusan.com.my/premium/2020/07/ukur-baju-di-badan-sendiri-tmj/

Wajah terkini SSMZA selepas diletakkan rumput tiruan di trek