Che Ku Marzuki "Jibang" kembali untuk Terengganu FC


Kuala Nerus: Terengganu FC Sdn Bhd nampaknya mengorak langkah apabila dikatakan mengumpulkan barisan Pengarah Teknikal dan pembantunya terdiri daripada anak jati Terengganu yang berpengalaman dalam bola sepak samada diperingkat bekas pemain dan kejurulatihan.

Che Ku Marzuki atau dikenali sebagai Jibang dikatakan menjadi salah satu anggota yang akan menjadi pembantu bersama Hairuddin Omar kepada Pengarah Teknikal yang dikhabarkan sudah dilantik iaitu Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Berdasarkan sumber yang diperolehi tugas Jibang lebih kepada grassroots (akar umbi).

Bagi sesiapa mengenali Jibang, beliau terkenal dengan ketegasan dan kebolehannya yang mengesan dan mencungkil bakat pemain-pemain dari kanak-kanak hingga ke peringkat belia.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada TFC Sdn Bhd, sumber yang diperolehi ini akan perlihatkan gabungan Haji Abdul Rahman, Haruddin Omar dan Che Ku Marzuki (Jibang) menggunakan pengalaman masing-masing menguruskan TFC Sdn Bhd mengikut falsafah bola sepak moden terkini atau DNA yang bakal mereka rancang nanti.

Walaupun perkhabaran pelantikan Pengarah Teknikal ini kurang dipersetujui oleh penyokong netizen, sekurang-kurangnya berikan mereka peluang membuktikan.