Pengarah Teknikal Terengganu FC Gabungan 'Otai' dan bekas Pemain Kebangsaan

 


Kuala Terengganu: Terengganu FC sebelum ini baru sahaja mengumumkan ada tiga calon yang akan dilantik sebagai pengarah teknikal.

Bagaimanapun hari ini mengikut perkembangan yang dikongsikan di facebook peribadi Pengarah Jawatankuasa Pembangunan belia, sukan dan NGO negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengatakan bahawa Haji Abdul Rahman Ibrahim sudah pun dilantik sebagai Pengarah Panel Teknikal Kejurulatihan oleh Terengganu FC dan Hairuddin Omar pun turun dipelawa untuk bersama dengannya.

Berikut perkongsian YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di laman peribadi facebook beliau pagi tadi.


' Menyorok ' pagi ni dengan Otai Bolasepak Negara, Hj Abd Rahman Ibrahim di kedai Makan Kg Wakaf Mempelam. Hj Man...

Posted by Wan Sukairi Wan Abdullah on Friday, 18 December 2020

Walaubagaimanapun semestinya penyokong dan peminat menanti pengumuman secara rasmi oleh pihak Terengganu FC.