Terengganu FC ikat pemain import yang digelar 'Dancing Shoes'

 

Petrus Shitembi (19) bekas pemain Sabah FA sah bersama Terengganu FC untuk musim 2021

Kuala Terengganu: Pemain import pertama Petrus Shitembi dari Namibia sah bersama Terengganu FC bagi musim 2021.

Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini beraksi bersama Sabah FA..

Beliau yang digelar 'Dancing Shoes' kerana sering memperagakan aksi gelecek yang menghiburkan dan kawalan yang baik di tengah padang.

Bermain diposisi tengah semestinya sudah pasti menggantikan tempat bekas ketua pasukan iaitu Lee Tuck yang dilepaskan dan akan beraksi bersama Sri Pahang FC musim depan.

Penantian penyokong dan peminat bola sepak Terengganu akhirnya terjawab dan sememangnya terus menanti ketibaan 4 pemain import yang akan menyarung jersi TFC.

Empat lagi pemain yang dikaitkan dengan skuad Penyu iaitu David Da Silva (Brazil), Makan Konate (Mali), Carli De Murga (Filipina) dan Chris Herd (Australia) bagi memantapkan pasukan musim depan.