Tiga pemain import baharu Terengganu FC telah tiba


Kuala Lumpur: Tiga orang pemain import baharu Terengganu FC dikhabarkan sudah tiba dan sedang menjalani kuarantin.

Mengikut sumber diperolehi mereka akan diperkenalkan dan menjalani latihan tidak lama lagi.

Apabila ditanya tentang pemain tersebut, sumber hanya menyatakan tiga pemain itu berasal dari Namibia, Australia dan Filipina.

Dua lagi pemain import belum pasti ketibaan mereka dan dijangka dalam masa terdekat setidak-tidaknya awal januari tahun depan.

Berita ketibaan tiga pemain ini juga boleh disahkan dengan kemaskini daripada pengurus TFC di twitternya.

Antara pemain yang disebut-sebut ialah pemain kelahiran Mali, Makan Konate dan bekas import Sabah, Petrus Shitembi berada dalam radar Terengganu FC (TFC), tiga lagi pemain semakin kuat dikaitkan dengan skuad Penyu iaitu David Da Silva (Brazil), Carli De Murga (Filipina) dan Chris Herd (Australia) bagi memantapkan pasukan musim depan.