Kuala Terengganu: Bermula 1 januari 2021, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang iaitu sebagai Timbalan Presiden PBSNT sekaligus secara bersama sebagai Ahli Pengarah TFC Sdn Bhd, pengumuman itu dibuat dilaman facebook beliau.
Datang dan pergi itu perkara biasa di mana-mana tempat kita berada. 2 Ogos 2018 saya mula diamanahkan untuk bersama-sama...
Posted by Ustaz Hishamuddin on Sunday, 27 December 2020
Datang dan pergi itu perkara biasa di mana-mana tempat kita berada. 2 Ogos 2018 saya mula diamanahkan untuk bersama-sama dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu sebagai Timbalan Presiden PBSNT. Lebih dua tahun saya berada di sini dengan proses pembelajaran dan berusaha membantu persatuan dalam merangka agenda bola sepak Terengganu.Alhamdulillah, kita telah mula melangkah dengan lebih meyakinkan apatah lagi setelah proses penswastaan dilaksanakan. Sekadar keupayaan, saya telah curahkan keringat membantu persatuan sebaik mungkin walaupun masih banyak kelemahan yang berlaku.Saat untuk saya berundur dirasakan sudah tiba bagi memberikan fokus keutamaan terhadap tanggungjawab sebenar sebagai seorang wakil rakyat. Juga membuka peluang buat tokoh baru yang lebih berkelayakan untuk mengambil alih nanti.Ada sebahagian orang menganggap jawatan dalam bola sepak ini satu peluang untuk membina ‘mileage’ politik. Bagi saya pula tidak sebegitu. Malah ia merupakan satu tanggungjawab besar yang memerlukan tumpuan dan pengorbanan.Melihat persiapan pasukan dan kesiapsiagaan menempuhi musim baharu, saya menaruh kepercayaan terhadap TFC untuk memulakan langkah dengan lebih berfokus dan berkeyakinan.
Dengan keadaan yang agak meyakinkan seperti ini, saya ingin maklumkan perletakkan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden PBSNT berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. Perletakkan jawatan ini juga sekaligus secara bersama sebagai Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd pada tarikh yang sama. Notis ini telah saya sampaikan kepada pihak YAB Dato’ Seri Presiden melalui SUSK, YB Exco, Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif PBSNT.Saya rakamkan ucapan setinggi terima kasih buat YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Presiden PBSNT yang sentiasa menyokong usaha saya dan tidak pernah mengabaikan keperluan pihak PBSNT sepanjang beliau memimpin. Begitu juga terima kasih kepada semua rakan-rakan pimpinan dalam PBSNT dan kakitangan yang berkhidmat dalam PBSNT dan TFC. Tidak dilupakan juga buat YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.Atas salah silap dan kelemahan sepanjang saya memimpin PBSNT, saya memohon jutaan kemaafan dari semua pihak. Sama-samalah kita berdoa agar pasukan PBSNT & TFC akan sentiasa berdaya saing dan terus maju jaya.