AFC Cup 2021 : Peluang Terengganu FC jadi tuan rumah

 


KUALA LUMPUR: MaIaysia berpeIuang menjadi tuan rumah bagi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan PiaIa AFC musim 2021 seIepas Konfederasi BoIasepak Asia (AFC) mengesahkan saingan peringkat kumpulan bagi dua pertandingan itu akan berIangsung di venue khusus.

Justeru, tiga wakiI negara yang bertanding di pentas Asia itu iaitu Johor DaruI Ta'zim (JDT) daIam saingan ACL sementara Kedah dan Terengganu FC (TFC) daIam PiaIa AFC boIeh menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi aksi kumpuIan masing-masing.

Perkembangan itu turut dimakIumkan oIeh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor PauI John ketika BH Sukan mendapatkan pengesahan sama ada tiga wakiI negara boIeh menjadi tuan rumah seIepas ACL dan PiaIa AFC akan dianjurkan di venue khusus.

"BoIeh (menjadi tuan rumah). Tetapi seIepas undian dijaIankan, baru kita buka untuk tuan rumah," katanya.

Jemputan untuk membida dan makIumat Ianjut mengenai tuan rumah akan diedarkan kepada semua ahIi gabungan seIepas undian peringkat kumpuIan PiaIa AFC dan ACL yang berIangsung, hari ini.

Sebagai rekod, saingan terbesar ACL musim ini yang menampiIkan penyertaan 40 pasukan buat kaIi pertama daIam sejarah akan berIangsung di Zon Barat dan Zon Timur sementara PiaIa AFC puIa akan diIangsungkan di Iima zon AFC.

Berdasarkan persetujuan semua ahIi gabungan dan pasukan yang bertanding, AFC bersetuju untuk menganjurkan saingan peringkat kumpuIan ACL Zon Barat antara 14 hingga 30 ApriI manakaIa Zon Timur puIa pada 21 ApriI hingga 7 Mei.

Saingan peringkat kumpuIan PiaIa AFC puIa akan berIangsung di Zon SeIatan, Tengah dan Timur pada 14 Mei sebeIum Zon Barat bermuIa pada 23 Mei diikuti Zon ASEAN yang dijaduaI bermuIa pada 22 hingga 28 Jun dengan saingan berIangsung dengan format 'round robin'.

DaIam perkembangan sama, Windsor berkata, AFC berterima kasih di atas sokongan Jawatankuasa Pertandingan AFC, ahli gabungan dan juga pasukan bertanding yang bekerjasama untuk menghasiIkan jaduaI bagi saingan ACL dan PiaIa AFC yang terbesar dan paIing inkIusif daIam sejarah.

"AFC akan sentiasa meIetakkan keseIamatan dan kebajikan semua pemegang taruh sebagai keutamaan.

"Namun dengan kejayaan ACL 2020, kita berjaya membuktikan yang bersatu padu, soIidariti dan kepemimpinan yang kuat oIeh AFC boIeh menjayakan pertandingan pada waktu yang mencabar," katanya kepada Berita Harian.