Foto: Ustaz Hishamuddin Abdul Karim |
Kuala Terengganu: Belum impak aksi diatas padang, tetapi beberapa pemain import baharu Terengganu FC sudah memberi impak dari segi nama kelab tersebut yang mendapat liputan meluas.
PERPINDAHAN SHITEMBI KE PASUKAN TERENGGANU FC MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR UTAMA NAMIBIA, THE NAMIBIAN Berita perpindahan...
Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, 5 January 2021
Pemain import pertama yang diperkenalkan baru-baru ini, Petrus Shetembi terpampang didada akhbar utama negara beliau, seterusnya memberi impak positif terhadap pasukan Terengganu FC sehingga dikenali dinegara tersebut, apatah lagi menurut perkembangan terkini sudah ada fans page facebook Terengganu FC Namibia.
Fuuh laju, penangan kapten pasukan kebangsaan Namibia π³π¦. Ni @BolaSepakTRG ke admin ni? π pic.twitter.com/sLV9gP9QVx
— Football Terengganu (@FootballTRG) January 6, 2021
Bagi aksi diatas padang seharusnya penyokong tidak perlu risau kerana ketua pasukan negara Namibia ini yang terkenal dengan jolokan "The Dancing Shoes" sudah terbukti, apatah lagi kehadirannya ke Terengganu FC dicadangkan oleh bekas pemain import Terengganu FC sendiri iaitu Sanjar Shaakhmedov dan jurulatih Nafuzi Zain yang turut mempunyai pendapat yang sama tentang pemain ini apabila beraksi dengan pasukan Sabah FA musim lepas.
Bekas penyerang Persebaya Surabaya, David Da Silva juga tidak kurang impaknya sebaik diumumkan menyertai Terengganu FC, pemain kesayangan penyokong pasukan tersebut di Indonesia terus mengikuti perkembangannya sebaik menyertai Terengganu FC.
Christopher Herd juga memberi impak kepada pasukan dari segi penampilannya yang pernah bermain dengan Aston Villa, itu dari sudut positif dan ada perkhabaran kurang enak juga mengenai pemain ini.
Terengganu mendunia ππ»@11Terengganu @FCTerengganu @FootballTRG pic.twitter.com/Kz5iIDezf8
— πΏππΎ (@lukkhakim) January 4, 2021
Menurut semuanyabola sepanjang lapan musimnya bersama Aston Villa, beliau lebih banyak dipinjamkan ke kelab lain. Lima kelab yang pernah diwakilinya sepanjang dipinjamkan adalah Port Vale, Wycombe Wanderers, Lincoln City, Bolton Wanderers dan Wigan Athletic. Untuk Villans, Chris Herd hanya banyak diturunkan bermain pada musim 2011/12.
Disebabkan beliau tampil lebih banyak ketika bersama Lincoln City, penyokong Imps amat menyenangi kehadirannya dan beliau hampir menyambung pinjamannya pada musim seterusnya. Beliau kemudian diberikan debut dan menurutnya, “Saya cuma sempat berlari dan tidak menyentuh bola, tetapi ia satu pengalaman menakjubkan.”
Adakah reputasinya pernah beraksi di Premier League menjadi taruhan? Melihatkan perjalanan kariernya, beliau sendiri akui yang beliau tidak mendapat banyak peluang di sana. Malah, selepas kecederaan kedua yang menurutnya satu ‘setbacks’ dalam kariernya, beliau berhijrah ke beberapa pasukan dan kurang mendapat aksi.
Melihatkan beberapa klipnya ketika bersama kelab Chennaiyin FC di Indian Super League pada musim 208/19, Chris Herd berkemampuan dalam melakukan bentesan yang baik serta memiliki hantaran ‘missile’ ke jentera depan yang sangat baik. Beliau juga boleh membuat fast break attack daripada kawasan defensive third.
Kini segalanya terpulang kepada Terengganu dan Nafuzi Zain untuk bagaimana mahu menggunakannya. Kebolehannya beraksi di beberapa posisi sememangnya satu kelebihan ditambah pula memiliki kawalan bola yang baik. Adakah Chris Herd bakal menjadi Babacar Diallo 2.0 atau beliau pelaburan yang lebih berbaloi?