Seorang lagi pemain Terengganu ucap selamat tinggal bola sepak

 


Kuala Terengganu: Selepas Abdul Shukur Jusoh mengumumkan mengantung but dari arena bola sepak, kini seorang lagi pemain berasal dari Terengganu mengambil langkah yang sama.

Pemain pertahanan tengah Terengganu FC II musim lalu, Radhi Yusof mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak.

Begitulah adat resam dalam dunia bola sepak, karier yang boleh dikatakan lumayan dan boleh terjadi betapa singkatnya karier seseorang pemain.

Berikut luahan Radhi Yusof di Instagram peribadinya apabila sedikit terkilan kerana tidak dapat membanggakan Abahnya dalam bidang yang diceburinya selama ini.


radhiyusof

Hanya tinggal kenangan...terima kasih bola sepak...semoga diberi kekuatan jalani hari hari mendatang...sedih sudah pasti bila kehilangan benda yang sudah sebati dalam diri...terima kasih pada semua yang bagi sokongan pada saya ketika menjadi pemain profesional🙏🏻sedikit terkilan tidak dapat banggakan Abah😔

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan urusan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.