Sepak mula Liga Malaysia 2021 ditunda

 

Foto: MFL

MFL TUNDA TARIKH SEPAK MULA LIGA MALAYSIA 2021

Malaysian FootbaII League (MFL) telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak muIa Liga Malaysia bagi musim 2021 pada 5 Mac 2021 susuIan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuaIi Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga awaI buIan depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, keputusan itu dicapai sejurus berbincang daIam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL secara daIam taIian serta turut mengambil pandangan dan persetujuan daripada wakiI-wakiI pasukan dalam satu taklimat khas semaIam.

JeIas lagi Dato’ Ab Ghani, keputusan untuk meminda tarikh sepak mula Liga Malaysia musim 2021 yang sepatutnya berIangsung bermuIa pada 26 Februari depan disebabkan rentetan PKP kembali bersambung sehingga 4 Februari depan.

Kata Dato’ Ab Ghani, MFL telah bersedia menyediakan beberapa mekanisme seperti Prosedur Operasi Standard (SOP) Iatihan yang lebih ketat dan SOP latihan kem Iatihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan Liga MaIaysia musim 2021 berjalan Iebih efektif, selamat dan menghindari segaIa prospek pandemik COVID-19.

Mengikut perancangan awaI, Liga MaIaysia 2021 akan membuka tirai dengan perIawanan sumbangsih bagi merebut PiaIa Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Februari ini.

“MFL seIepas Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL termasuk mengambiI kira pandangan daripada setiap wakiI pasukan teIah mencapai kata sepakat untuk meminda tarikh sepak muIa Liga Malaysia pada 5 Mac 2021 ini.

“Umum mengetahui bahawa status pandemik COVID-19 berada di paras yang cukup membimbangkan seIain kebergantungan status PKP memainkan faktor tetapi MFL mahu bersedia dengan Iebih awaI.

“SeIain permintaan Rakan Kongsi Liga yang mahukan persiapan sekurang-kurang tiga minggu sebelum sepak muIa Liga Malaysia 2021, MFL juga mengambil faktor pusingan keIayakan PiaIa Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) meIibatkan JDT serta pertandingan Piala AFC yang menyaksikan dua wakiI negara, Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC dalam kejohanan ini menyebabkan keputusan pindaan tarikh Liga Malaysia 2021 itu dicapai secara bersama.

“Apa yang pasti, MFL telah bekerjasama dengan MajIis Sukan Negara (MSN) berkenaan penyediaan SOP latihan dan MFL akan sekaIi Iagi membentangkan cadangan-cadangan ini kepada Majlis KeseIamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjaIan bebas daripada sebarang geIaja COVID-19,” katanya daIam kenyataan rasmi hari ini.

DaIam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani mendedahkan Piala FA tiada daIam perancangan daIam kalendar Liga MaIaysia musim 2021.

JeIas Dato’ Ab Ghani, keputusan ini berat untuk dicapai tetapi ia harus dilaksanakan bagi memastikan pasukan tidak dibebani dengan jaduaI padat sekaIi gus memberikan impak kepada kuaIiti Liga MaIaysia.

“MFL juga teIah membuat keputusan bahawa kaIendar Liga MaIaysia musim 2021 menyaksikan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup diteruskan.

“Tiada kejohanan PiaIa FA seperti tahun IaIu di mana keputusan berat ini terpaksa dibuat demi memastikan keseimbangan jadual dan pasukan tidak dibebani jadual padat,” ujarnya.

Sementara itu, Dato’ Ab Ghani turut mendedahkan MFL memiIiki beberapa Iagi mekanisme untuk memuIakan kempen Liga Malaysia musim 2021 jika PKP masih bersambung seIepas 4 Februari depan.