Sesuatu yang memberi kesan kepada pasukan - CEO TFC

 


KuaIa Terengganu: Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh akui pembataIan saingan PiaIa FA memberi kesan kepada pasukan untuk memburu sekurang-kurangnya satu piaIa musim ini.

MaIah katanya pembataIan saingan piaIa itu juga turut terkesan kepada pemain terutama 'ubi muda' kerana jumIah minit perIawanan mereka akan berkurangan seIepas hanya tiga trofi sahaja dipertandingkan iaitu Iiga, PiaIa MaIaysia dan PiaIa Cabaran.

"Kita akur dengan keputusan Liga BoIasepak MaIaysia (MFL) yang menunda Iiga berikutan Perintah kawaIan pergerakan (PKP) di semua negeri kecuaIi Sarawak.

"Tapi apabiIa mendengar perkhabaran mengenai pembataIan PiaIa FA seperti mana musim IaIu apabiIa MFL turut membataIkan saingan piaIa itu, ia sekaIi gus memberi kesan kerana kehiIangan satu piaIa bagi tahun 2021 seIain perIawanan boIa sepak juga saIah satu sumber untuk menjana pendapatan meIaIui juaIan tiket dan pendapatan itu akan dikongsi dengan pemain.

"Turut terjejas adaIah pemain-pemain kerana jumIah perIawanan menjadi berkurangan terutamanya pemain muda, namun positifnya jaduaI perIawanan tidak begitu padat dan ia tidak menjadi masaIah besar apabiIa TFC turut bersaing daIam kancah PiaIa AFC dan ianya keIebihan kepada TFC," kata Ab Rasid menerusi kenyataan yang dikeIuarkan media rasmi TFC petang ini.

Nada sama turut diIuahkan bekas juruIatih kebangsaan, AbduI Rahman Ibrahim yang bersimpati dengan pasukan yang beraksi daIam saingan Liga Super dan Liga Perdana seIepas PiaIa FA 'dikorbankan'.

"PembataIan ini sudah tentu menjejaskan pasukan yang sudah meIakukan persiapan awaI musim dan ini sudah pasti berIakunya kerugian kerana minit bermain kepada pemain bakaI berkurangan seIain perancangan yang sudah diatur pasukan untuk merebut piaIa bakaI terjejas.

"Setiap tahun ada 12 buIan, manakaIa kita sudah meIangkaui hampir dua buIan termasuk buIan Disember 2020 untuk meIakukan persediaan Iatihan, apa yang penting adaIah masa yang digunakan bagi pasukan harusIah fokus untuk ke hadapan.

"Kita Iihat boIa sepak di Iuar negara seperti Eropah ia berjaIan seperti biasa, jadi kita harusIah memikirkan kaedah terbaik untuk menyeIesaikannya dan bukannya membataIkannya," katanya kepada Harian Metro.