Terengganu FC terima tajaan daripada Yakult

 

Foto: Tengku Danish (Kosmo/Utusan)

Kuala Terengganu: Terengganu FC menerima tajaan sebanyak RM380,000.00 daripada Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd sebentar tadi.

Pengarah Urusan Yakult, Hiroshi Hamada berkata mereka berbesar hati menaja Terengganu FC kerana prestasi cemerlang pasukan ini musim lalu sekaligus ingin menjadi sebahagian daripada pasukan, lapor Tengku Danish (Kosmo/Utusan)

Umum mengetahui perkembangan Yakult dengan bola sepak negara, apa yang boleh kita lihat Yakult banyak menaja pasukan bola sepak di Malaysia seperti Kelantan, Kelantan United, Kuching FA dan pasukan bola sepak Kebangsaan sendiri.

Semasa menjadi penaja pasukan Kebangsaan jawapan Hamada apabila disoal, "Mengapa Yakult menaja bola sepak Malaysia? Ini kerana Jepun banyak berhutang dengan Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Jepun ditubuhkan pada tahun 1993 dan kita telah belajar bagaimana menguruskan bola sepak dari FAM.

"Di Jepun, kami selalu bercakap mengenai kehebatan pasukan Malaysia pada tahun 70-an dan 80-an." katanya.