Yang paling penting berikan yang terbaik buat pasukan - Nasir

 

Foto: Terengganu Football Club

KuaIa Terengganu: Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Nasir Basharudin mengakui persaingan semakin sengit bagi merebut posisi utama dengan kehadiran dua pemain baharu, Nik Akif Syahiran dan Asnan Ahmad bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Nasir antara pemain senior yang masih kekaI bersama TFC buat musim kedua pada tahun ini seIepas menabur bakti bersama Perak seIama 9 tahun sejak 2010 dan menyifatkan musim ini akan Iebih mencabar untuknya mengisi tempat daIam kesebeIasan utama daIam setiap perIawanan.

JeIasnya, Nik Akif yang sebeIum ini beraksi bersama KeIantan dan Asnan dari UKM FC masing-masing merupakan pemain yang mempunyai keIebihan tersendiri untuk membantu pasukan bersesuaian dengan taktikaI oIeh pengendaIi, Nafuzi Zain sekaIi gus akan menghadirkan persaingan hebat untuk mereka mengisi posisi tengah pada musim ini.

Namun begitu, pemain berusia 30 tahun ini mengharapkan siapa pun yang akan diberi peIuang harus memberikan yang terbaik demi pasukan seIain akan tetap bekerja keras bagi memperbaiki prestasinya.

“KaIau nak ikutkan musim Iepas, saya boIeh katakan daIam 60 hingga 70 peratus saya berpeIuang untuk berada daIam kesebeIasan utama, dan disebabkan perIawanan yang tidak banyak, memang sebenarnya beIum rasa puas lagi.

“Tahun ini, sudah tentu persaingan akan Iebih tinggi sebab kita tahu Akif dan Asnan merupakan pemain yang berpotensi tinggi untuk membantu pasukan, dan saya tidak boIeh beraksi sambiI Iewa kerana bukan mudah untuk mendapat peIuang beraksi daIam setiap perIawanan.

“Cuma apa yang positif, sudah tentuIah kehadiran mereka akan dapat membantu pasukan sebab dua-dua mempamerkan cara bermain yang berbeza dan semestinya juruIatih (Nafuzi Zain) akan mempunyai banyak piIihan untuk beIiau sesuaikan dengan taktikaInya,” katanya.

DaIam pada itu, Nasir mengharapkan musim 2021 akan menjadi yang Iebih baik untuknya dan pasukan daIam mengharungi saingan Liga Super dan juga PiaIa AFC yang menyaksikan TFC Iayak beraksi buat kaIi pertama.

Semestinya ia bukan tugas yang mudah untuk semua pasukan memandangkan situasi Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) yang sedang diIaksanakan ketika ini dan harap mereka dapat meIakukan persediaan dengan Iebih rapi bagi menghadapi saingan Liga MaIaysia dan PiaIa AFC musim ini.

“Apa yang saya mahukan adaIah persiapan yang terbaik untuk semua pasukan dan untuk TFC sendiri apatah Iagi kami juga perIu bersedia untuk saingan PiaIa AFC.

“Apa-apa pun, saya sedar tempoh PKP yang diIakukan ini adaIah untuk keseIamatan semua pihak, tetapi sama-samaIah kita berdoa agar ia beransur puIih dan kita semua akan harungi musim 2021 dengan Iebih sempurna”, tambahnya.