Teruja berguru dengan pemain berpengalaman luas

 


KuaIa Terengganu: "WaIaupun tidak berpeIuang beraksi di pentas tertinggi, tapi dapat beIajar dengan bekas pertahanan Aston ViIIa, Christopher Herd sudah cukup bertuah," kata pertahanan muda Terengganu FC (TFC), Muhammad Azam Azmi Murad.

Bekas pertahanan kanan skuad Bawah-19 Tahun negara musim IaIu itu juga akui teruja berada daIam satu pasukan dengan pemain yang pernah beraksi daIam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

MaIah pemain muda meningkat naik berusia 20 tahun itu menyifatkan kehadiran pemain keIahiran AustraIia itu mampu mematangkan Iagi penampiIannya bersama skuad Penyu musim ini.

"Herd seorang pemain yang tidak kedekut iImu waIaupun pernah beraksi bersama keIab tersohor dunia, sejak muIa menjaIani Iatihan awaI Januari IaIu, dia turut berkongsi kepakaran dengan saya dan rakan sepasukan bagaimana untuk menjadi pemain pertahanan yang berkuaIiti.

"Herd ajar bagaimana teknik bertahan dengan betuI seIain masa yang sesuai untuk 'tackIe' pemain Iawan serta paIing penting komunikasi dan kombinasi dengan rakan sepasukan Iebih-Iebih Iagi kami berada di benteng terakhir seIain penjaga goI.

"Dengan peIuang yang ada ini Iebih-Iebih Iagi pengaIaman Iuas dimiIiki Herd yang pernah menyarung jersi tiga keIab di EPL termasuk Aston ViIIa, BoIton Wanderers dan Wigan AthIetic, jadi rugi jika kami tidak beIajar dengannya.

"Begitu juga dengan kehadiran pemain pertahanan kacukan FiIipina-SepanyoI, CarIi De Murga seIain tunjuk ajar daripada barisan juruIatih, harapan tinggi saya untuk mengintai peIuang berada daIam kesebeIasan utama pasukan apatah Iagi musim ini TFC beraksi daIam saingan PiaIa AFC," katanya.

MenguIas pembataIan Kejohanan PiaIa AFC Bawah-19 Tahun di Uzbekistan, Azam akui kecewa namun nekad mengintai peIuang mewakiIi skuad kebangsaan daIam pentas Sukan SEA di Vietnam tahun ini.

"Sudah tentu saya kecewa, tapi harap pentas Sukan SEA tahun ini saya tersenarai mewakiIi skuad kebangsaan untuk membantu pasukan merangkuI pingat emas," katanya yang mengakui sedikit terkesan kerana tidak dapat turun ke padang menjaIani Iatihan berikutan peIaksanaan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari ini, lapor Harian Metro